Hikmah

Taubat Nabi Yunus
 

Rujukan: Dipetik dari buku Taubat kepada Allah,ditulis oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dan diterjemah oleh Ustaz Mohammad Zaini b Yahya.
Al-Quran ada memaparkan kepada kita kisah taubat Nabi Yunus a.s ketika beliau menyeru kaumnya supaya menyembah Allah. Mereka tidak menerima seruannya. Lantas Nabi Yunus tidak bersabar melihat penolakan mereka sehingga beliau memarahi mereka. Beliau kemudian menjauhkan diri dari mereka. Lalu Allah menguji beliau dengan satu cubaan yang bertujuan untuk membersihkannya, menampakkan kekuatan jiwanya, keyakinannya kepadaNya dan kebenarannya bersama Allah.

Pada suatu hari beliau menaiki sebuah bahtera. Apabila bahtera tersebut berada ditengah lautan, tiba-tiba ia ditiup angin yang kencang. Ombak yang kuat pun memukul-mukul bahtera tersebut. Semua yang berada di dalamnya mula bimbang mereka akan karam. Mereka berkata,”Kita mestilah mengurangkan beban bahtera ini agar kita semua tidak karam.” Mereka tidak mempunyai pilihan yang lain selain dari membuang sebahagian penumpang ke dalam lautan untuk menyelamatkan sebahagian penumpang yang lain.

Satu waktu sholat = Siksaan 80.000 tahun di neraka
Shalat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya
membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.



Surat Yasin
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.